Bagaimana saya menerima ebook selepas pembayaran?
Selepas pembayaran berjaya, pautan muat turun akan dipaparkan dan dihantar ke email yang digunakan semasa checkout.
Saya sudah bayar tetapi belum menerima email. Apa perlu saya lakukan?
Semak folder Spam, Junk atau Promotions terlebih dahulu. Pastikan juga alamat email yang dimasukkan semasa checkout adalah betul.
Berapa kali saya boleh download ebook?
Setiap pembelian mempunyai had muat turun seperti yang ditetapkan pada produk. Simpan salinan ebook anda selepas berjaya dimuat turun.
Ebook dalam format apa?
Semua ebook affa.my dibekalkan dalam format PDF digital kecuali dinyatakan sebaliknya.
Bolehkah saya membaca ebook melalui telefon atau tablet?
Ya. PDF boleh dibaca menggunakan telefon, tablet atau komputer yang mempunyai aplikasi pembaca PDF.
Adakah saya akan menerima buku bercetak?
Tidak. Produk yang dijual di affa.my ialah produk digital dan tiada penghantaran fizikal.
Bolehkah saya berkongsi ebook dengan orang lain?
Tidak. Pembelian adalah untuk kegunaan peribadi pembeli sahaja. Fail tidak boleh dikongsi, dijual semula atau diedarkan tanpa kebenaran.
Saya tersalah masukkan email. Apa perlu saya lakukan?
Hubungi affa.my melalui halaman Hubungi dan sertakan nombor pesanan jika ada.
Adakah pembelian ebook boleh dipulangkan?
Disebabkan ebook ialah produk digital yang boleh dimuat turun serta-merta, pembelian biasanya tidak boleh dipulangkan selepas akses/download diberikan, kecuali terdapat masalah teknikal atau kesilapan pada pesanan.
Bagaimana saya boleh menghubungi affa.my?
Gunakan halaman Hubungi di website affa.my.