reTHINK Vol. 1 – KENALI | Kenali Fikiran Anda

RM29.90

Pernah terfikir sesuatu… kemudian baru sedar apa yang kita fikir belum tentu apa yang sebenarnya berlaku? reTHINK Vol. 1 — KENALI memperkenalkan prinsip Cognitive Behavioural Therapy (CBT) dalam bahasa yang mudah, praktikal dan dekat dengan kehidupan seharian. Dalam Vol. 1, anda akan belajar mengenali fikiran spontan, membezakan fakta dan tafsiran, serta mengenali pengherotan pemikiran yang mungkin berlaku tanpa kita sedari. 🧠 Kenali corak fikiran ❤️ Fahami kaitannya dengan emosi ✍️ Lengkapkan latihan refleksi kendiri 📘 Sertai Cabaran 7 Hari Jejak Fikiran Langkah pertama bukan mengubah fikiran. Langkah pertama ialah menyedarinya. Format: eBook PDF Harga: RM29.90

Description

Apa yang kita fikir belum tentu apa yang sebenarnya berlaku.

Kawan lalu tanpa menegur.

“Dia dah tak suka aku.”

Pasangan diam.

“Dia marah aku ni.”

Boss WhatsApp:

“Jumpa saya kejap.”

Minda:

“Arrr sudah…” 😂

Kita mengalami ribuan fikiran setiap hari. Sebahagiannya tepat. Sebahagiannya andaian. Dan sebahagiannya mungkin dipengaruhi oleh corak pemikiran yang kita sendiri tidak sedari.

reTHINK Vol. 1 — KENALI bukan mengajar anda supaya sentiasa berfikiran positif.

Ia mengajak anda melakukan sesuatu yang lebih asas:

KENALI apa yang sedang berlaku dalam fikiran anda.

Ini merupakan Vol. 1 daripada perjalanan:

KENALI → SEMAK → PILIH

Kerana sebelum kita menyemak sesuatu fikiran atau memilih tindakan yang lebih baik…

kita perlu sedar dahulu bahawa fikiran itu sedang berlaku.

Nota: reTHINK ialah bahan psikopendidikan dan refleksi kendiri. Ia bukan alat diagnosis dan bukan pengganti penilaian, kaunseling, psikoterapi atau rawatan profesional apabila diperlukan.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “reTHINK Vol. 1 – KENALI | Kenali Fikiran Anda”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related products